MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT R.A.
Ulama’ kita telah gariskan ,
Kejayaan Umat ini , dan Umat akan datang
Adalah apabila mereka mengikut
jejak para sahabat R.A
Kerana mereka di cintai
Rasulullah SAW
“Apabila kamu ingin meniru,
maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis
Sahabat R.A dapat title R.A ,
yakni kehidupan mereka di dunia , Allah telah redha dengan kehidupan mereka di
dunia.
Kita umat yang sama, macam mana
nak jalani kehidupan di dunia ini
Dengan dapat redha Allah, maka
kita kene ikut jejak para Sahabat R.A
“SahabatKu Umpama bintang di
langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis
Jadi , Ulama’ telah gariskan
beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia.
Umumnya, Sahabat R.A ada 6
sifat yang mulia, iaitu :
1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA
HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan
khuduk
3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
4. Mereka ada Ikramul muslimin
5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang
Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )
Jadi , ke enam2 sifat inilah
yang kita kene usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini
ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya
Allah.
Sekarang Kita muzakarahkan ,
macam mana ke enam2 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
1. USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH,
MUHAMMADUR RASULULLAH
KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :
Maksud dari pada kalimah ini ,
adalah “meyakini hanya sanya Allah SWT sahaja yang berkuasa,
Makhluk langsung xde kuasa”
CARA NAK DAPAT :
Jadi untuk dapat hakikat yakin
pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari2 kene banyak cakap kebesaran
Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati.
Jumpa manusia, cakap kebesaran
Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati , Insya
Allah.
KELEBIHAN:
Bilamana akhir kalam dapat ucap
kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya Allah.
Iman sebesar zarah, Allah
Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , Insya Allah
KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
Meyakini hanya dengan cara Nabi
SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.
Sunnah Nabi SAW terbahagi
kepada 3 iaitu :
1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi SAW)
2. Sunnah Sirah (perjalanan Nabi SAW)
3. Sunnah Sarirah ( fikir Nabi SAW)
Penampilan Nabi SAW, umum
mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kene
macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)
Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2
Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita
pun kene wat perkara yang sama Insya Allah
Fikir Nabi SAW, adalah fikir
risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka ,
masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kene belajar2 fikir risau umat
Insya Allah.
2. USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK
MAKSUD :
Membawa ketaatan dalam solat,
ke luar solat
( dalam solat kita merendahkan
pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan.
Dalam solat kita zikir, di luar
solat kita zikir, dll )
Ulama’ kata, mcm mana
pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat.
Dalam solat kita tawajjuh, luar
solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah
Begitulah sebaliknya.
Solat Yang paling tinggi
mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai
( Mcm mana kisah Saidina Ali
K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab
solat saidina Ali K.A.W tersebut. )
Dan Solat sekurang2nya, dapat
cegah kita dari fasakh dan mungkar.
CARA NAK DAPAT:
Solat mengikut sunnah Nabi SAW,
iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.
KELEBIHAN :
Dengan jaga Solat, Allah SWT
akan beri 5 ganjaran ,
1. Rezeki nya di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catitan amal , dengan tangan
kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab
3. USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu
perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu2 keadaan.
Cthnya ketika bekerja, tiba2
azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan
kerja, dan pergi kepada sembahyang.
Inilah kefahaman ilmu yang
sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar,
hakikatnya.
Maksud ilmu juga, “Apa2 yang dapat membantu kamu
mebajawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”
CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua ,
ilmu fadhail dan ilmu masail
Ilmu masail , kita leh belajar
dengan guru2 yang mursyid.
Ilmu masail maksud nya adalah
ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara
Ilmu fadail adalah ilmu tentang
kelebihan sesuatu amal
Ilmu fadail boleh kita perolehi
dengan duduk dalam majlis taklim
Atau mendengar bacaan kitab
fadhail amal ( di dalam majlis taklim )
*Kita duduk dalam majlis taklim
fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal ,
Insya Allah.
KELEBIHAN :
Satu orang yg berilmu lebih di
takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid.
Tidur satu orang berilmu lebih
ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah
Sepanjang2 malam.
3. USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN
MAKSUD :
Menunaikan hak suadara(seislam)
kita , tanpa menuntut hak.
Memuliakan mereka, kerana iman
yang ada dalam diri mereka.
Setiap orang islam adalah mulia
di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
CARA NAK DAPAT :
1. Memuliakan Alim Ulama’
2. Menghormati Orang2 tua
3. Kasih Sayang kanak2
KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam
kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah
1 hasanah , Allah SWT akan bagi
di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia )
72 hasanah lagi, Allah SWT akan
bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan
niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,
Maka Allah SWT akan bagi dia 10
tahun pahala iktikaf yang di terima,
Satu malam ikitikaf, Allah SWT
jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.
Satu parit, adalah sejauh jarak
langit dan bumi.
4. USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS
Ikhlas bermaksud, melakukan
perintah2 Allah SWT , semata2 kerana Allah SWT.
CARA NAK DAPAT :
Kita kene selalu check niat
kita, sebelum-semasa-sesudah beramal
Pastikan ikhlas semata2 kerana
Allah SWT.
KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata2 kerana
Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal.
Sebagaimana satu orang Sahabat
R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi
SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar gunung uhud.
5. USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH
MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita,
bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri
dan harta kita dengan syurga.
Jadi kita kene infakkan diri
dan harta kita di jalan Allah SWT
CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan Allah
( untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas
iman)
Selama 4bulan, atau 40 hari,
atau 3hari.
Ulama’ kita bagitau, apa bila
kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan
Maka Allah SWT akan bagi roh
agama.
Macam mana bayi dalam
kandungan, 4 bulan je, dia dapat roh/nyawa.
Satu wanita di zaman Saidina
Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah
Yg sangat lama.
Maka saidina Umar r.a telah
Tanya adik perempuan nya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suami
nya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
Maka saidina Umar r.a telah
memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja
Bila keluar 40 hari, maka kita
akan dapat istiqamah dengan amal2 yang kita buat masa 40 hari tersebut.
Satu orang sahabat r,a yang
telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah)
Selama beberapa hari ( hampir
40 hari )
Maka Nabi SAW bgtau, kenapa tak
dicukupkan 40 hari.
Satu orang sahabat r.a pernah
keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.
KELEBIHAN :
Sepagi atau sepetang berada di
jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Debu2 yang melekat pada orang
yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka
hatta asap nya sekali.